Wednesday, January 19, 2011

Dah Update Dah

walaweyh..haha..nme nye ada blog tp x update2..aq bkn ape,mls nk menaip pnjang2 niee..xbpe mnat,lg stu xtwu nk taip pew, nie pn men tulis je..tah tungang langang ayt aq nie..korang bce la smpai pham..xpham pn uat2 la pham k..=.="..

em,aq update nie pn kerana awek aq cik nureen nie suh g update..klo x,nk mjuk jer smpai aq update..hehehe..nk xnk kne gak update,demi insan tersayang kate kn.."cheewaah,,haha..jgn risaw cyg,org syg kmu sorang je >,<" hehehe..



dye nie  1 kolej ngan aq..tp dye msuk dlu la,xsilap awl 1 sem ngan aq kot..2 yg bru abis prktikal, 2 yg xda uat pape ag..2 yg dok tnam sawit la kt dpan umah..haha..brape bnyak "2 yg daah"..



em,semenjak bjauhan aq ngan c mata besor nie mcm2 hal blaku..pelbagai salah pemahaman blaku..yelaa,,dlu duk dekat ley la jmpe slalu,kuar sana cini,ngedate la,ape la,mcm2 ley nmpak dpan mate..kalo kt kolej walau xtgur pn,nmpak mate @,@ pn ckup lah..haha..lepaskn rindu kate kn,,hehe...



(bground muzik sedih bemula) hurrm..tp skang..terase sunyi lak xda kmu..segala knangan pahit,manis,masam,kelat,masin jd deria rasa yg sudah tiada lagi..pelbagai arus,rintangan telah kyte lalui bersama mnjdi satu hbungan yg bahagia..sebagai pasangan yg setia..aq harap kmu tdak melupakan diriku dan sentiasa merinduiku..serta mnjaga hubungan ini hngga akhir hayat..sayang kmu wahai kekasihku seru.. <3 <3 aik,,jiwang lak..hahaha..aq da kate dah,tungang langang dahh..haha..



ok lah semua,sampai d sini saje lah yer..t lg 2 ke 3 bulan aq update lg..ngehehe..jgn mrah ya cik nureen :) rindu kamuuu!! muuaah!! taaataa.. Assalamulaikum..

Tuesday, December 28, 2010

C.E.M.B.U.R.U


Cemburu seringkali berlaku di kalangan orang yang sedang bercinta. Baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang getir ini.
SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, tentunya ramai yang menuding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.
Sukar untuk dipastikan sama ada cemburu si dia bertujuan untuk melindungi hubungan yang sekian lama dibina atau hanya sekadar mendatangkan masalah.
Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana. Minggu ini berkongsi 10 tanda-tanda cemburu buta yang mungkin di antaranya terbuku dalam hati dan sanubari si dia.
* Beremosi keterlaluan
Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
* Sering melemparkan tuduhan
Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.
Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.
* Cuba mencari kesalahan anda
Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.
* Sanggup bunuh diri
Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.
* Sentiasa ingin bersama
Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.
* Anti sosial
Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.
* Wartawan dan polis
Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.
* Suka buruk sangka
Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.
* Takut dipermainkan
Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.
*Pantang Telefon berderig
Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.
Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan.
C.e.m.B.u.R.u

Thursday, December 23, 2010

testing...testing..haha

Setelah mgadap bebrapa jam..huuh.. =,=" akhirnya terhasil gak blog aq nie..
firstime guna mcm susah..tp sbenarnya mudah saja..hahaha..cume blum mahir, nsib bek la ada kwan2 ku nie..c fazwan n roul nie membantu..hukhuk..daah, skrang aq da boleh bebloger..Selamat Datang ke Blog sye..hehehe..
sekiaaan~                                                                                                                                                        
                                          
aku
saya
daku